Search
Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Content Menu
Headlines
CNN
The Star Business
Arah Kita
New York Times
Malaysia Kini
Berita Harian
Bernama
New Straits Times
Nurul Izzah Website
Anwar Ibrahim's Blog
Penyokong UMNO
International Herald Tribune
Torrent Website
KL POS
Utusan Malaysia
A Kadir Jasin Blog
Ranting Marina Mahathir
International Herald Tribune
The Malay Mail
Associated Press
IBM
Rembau Dot Net
Zahrin
Sekelembai
Khir Toyo
CheDet
RSS Feed

Humour : ANAK DAN BAPA
Posted by admin on 2008/3/4 21:54:52 (422 reads)

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Humour : > English Rojak
Posted by Anonymous on 2008/3/4 6:10:26 (298 reads)

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya...

Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the
children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Humour : Ulama dan Paramugari
Posted by Anonymous on 2008/3/4 6:15:07 (461 reads)

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Site Info
Webmasters

admin

New Members
jobwille 2010/8/29
lillianc 2010/8/5
leonorad 2010/7/6
katietor 2010/6/6
clotilda 2010/5/3
adamsawl 2010/3/19
julianac 2010/2/21
pipburro 2010/2/15
adamstot 2010/2/8
philknag 2010/2/7